IPOH: Isu gangguan kutipan sampah di sekitar bandar raya Ipoh ada hubung kait dengan syarikat konsesi yang berdepan masalah kekurangan pekerja, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Menurut beliau, ramai antara pekerja pembersihan terbabit berhenti dan memilih bekerja dalam industri pembinaan.
Sehubungan itu, Rumaizi berkata, pihaknya menyedri dan memahami ketidakselesaan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk yang terkesan selain mengambil tindakan segera bagi mengatasi isu berkenaan.
"Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedia maklum berhubung gangguan kutipan sampah khususnya di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang.
"Pihak kontraktor Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB) menghadapi kekangan pekerja sejak April lalu.
"MUMSB kini sedang berusaha untuk mencari pekerja kutipan sampah gantian dengan gaji harian setinggi RM80 sehari tetapi masih tiada yang mahu menerima tawaran tersebut kerana industri pembinaan menawarkan kadar harga gaji harian yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Rumaizi berkata, peningkatan sampah yang tidak dijangka iaitu tiga kali ganda daripada keadaan biasa susulan Hari Raya Aidilfitri turut menyumbang kepada masalah tersebut.
"Cuti raya yang sangat panjang menyebabkan ramai yang pulang ke Ipoh di samping penganjuran kenduri serta rumah terbuka sekali gus menyebabkan gangguan kutipan sampah di kawasan di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang," katanya lagi.
Rumaizi menambah, antara tindakan segera yang diambil seperti melantik kontraktor sementara kutipan sampah bagi membantu MUMSB serta melantik pekerja tambahan.
"Anggota pembersihan MBI membantu kerja-kerja kutipan sampah selain membeli empat lori kutipan sampah baharu yang dijangka tiba pada bulan Jun," katanya.
Katanya, pemulihan gangguan kutipan sampah telah beransur pulih dan menjangka 90 peratus operasi kutipan sampah di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang.
"MBI memohon maaf atas ketidakselesaan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat kesan daripada kelewatan kutipan sampah ini," ujarnya.
Aida Aziz
Tue May 10 2022
Peningkatan sampah yang tidak dijangka iaitu tiga kali ganda daripada keadaan biasa susulan Hari Raya Aidilfitri turut menyumbang kepada masalah kutipan sampah. - Gambar ihsan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
4 bazar Ramadan di Ipoh laksana MySave Food, elak makanan terbuang
Menerusi program MySave Food lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip dan diagih kepada golongan yang memerlukan.
Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.
MBI senarai hitam penganjur, peniaga sewakan lot bazar Ramadan
Mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.
Tiada pilih bulu, MBI tetap pegang janji pindahkan penjaja Padang Polo
Rumaizi berkata, pihaknya tetap berpegang pada janji untuk menempatkan para penjaja di lokasi baharu iaitu Saji Sejahtera@Polo.
MBI ambil tindakan premis diubah suai tidak ikut spesifikasi
Katanya, tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap pemilik premis yang dipercayai menyewakannya kepada warga asing.
MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar
Malaysia, MBI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah terpilih untuk melaksanakan projek perintis itu.
RM22 juta naik taraf infrastruktur, ganti lif usang di Ipoh - Nga
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan tambahan RM22 juta bagi projek infrastruktur termasuk mengganti lif usang di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
RM3.46 juta dilulus untuk MBI naik taraf kemudahan - Nga Kor Ming
KPKT telah meluluskan peruntukan RM3.46 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi menaik taraf dan penyelenggaraan beberapa kemudahan di bawah kendalian Majlis itu.
Lebih 3,000 pengunjung meriahkan Pesta Budaya Nusantara@Ipoh
Ia juga merupakan platform terbaik bagi para penggiat seni kebudayaan mempromosi seni kebudayaan masing-masing.